Friday, July 15, 2011

Keranamu Cinta (sinopsis)

Mia Sara Adlina seorang yang penyayang telah berjumpa cinta hatinya Adam Fahsha, namun pelbagai dugaan dan halangan dalam perhubungan mereka. Syafiq Haiqal juga menaruh perasaan terhadap Mia dan sanggup menunggu Mia walaupun dia tahu hati Mia hanya untuk Adam. Demi kasihnya pada Mia dia sanggup berkorban. Campur tangan Ibu Adam dalam rumahtangganya sekali lagi melemahkan semangat Mia. kemuncula Leeya, wanita pilihan Puan Adiba, Ibu kepada Adam telah memulakan pelbagai konflik dalam kelurga mereka. Atas alasan tidak mendapat zuriat, Puan Adiba menghasut Adam untuk memperisterikan Leeya. Yang menyedihkan Mia apabila Adam seakan termakan hasutan itu. Mia menjadi tidak keruan apabila Adam menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Leeya dengan alasan untuk mendapatkan zuriat. Atas kasih dan cintanya terhadap Adam, Mia menurut kehendak suaminya walaupun hatinya sudah hancur saat Adam menyuarakan hasratnya itu. pelbagai konflik bermain difikiran Mia. Dia sudah hilang semngat, hancur lulur hatinya apatah lagi bila melihat persiapan yang dilakukan oleh ibu mertuanya untuk perkahwinan suaminya dengaa Leeya. Mia berhasrat untuk memutuskan ikatan perkahwinan mereka demi kebahagiaan suaminya dan Leeya juga ibu mertuanya. keadaan Mia yang lemah sejak kebelakangan itu telah menyebabkan dia pengsan dan doktor mengesahkan bahawa dia mengandung 1 bulan. Apakah yang akan terjadi kepada Mia dan Adam? Adakah Adam meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan Leeya? Adakah Mia masih dengan hasratnya untuk bercerai?






coming up next......................

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...