Saturday, February 8, 2014

OT DIHUJUNG MINGGU

Assalamualaikum........


Hari ini aku rajin buat OT, datang offiice di pagi hari macam hari bekerja tapi lewat sikit sebab singgah drive thru McD beli breakfast... Tekak nak Breakfast omputih style hari ini.hehhehe Try menu baru dari McD, just nice,...


Macam hari bekerja pula bila ramai officemate datang buat OT sama, testing valve, purchasing, filling dan aku banyak benda nak "settle" kan sebelum bercuti panjang minggu depan.  update claim form, kasi upgrade supaya lebih sistematik sikit. Sediakan payslip untuk bulan January 2014. ok yang tu dah settle sampai payslip aku sendri boleh ter"missed" pula.. adoyaiii. Boss minggu depan outstation to Over the sea. Pergi UK kalau tak silap. so dari semalam lagi aku sibuk sediakan payment. naik muscle juga tangan aku ni tulis Payment Voucher and Checque. banyak kot.. its normal kalau Boss akan kemana2...

lagi satu kerja ialah menyediakan EA form untuk semua staff. Bulan ni juga Pihak LHDN akan datang untuk buat audit pasal e-PCB ( Potongan Cukai Bulanan). ini satu hal, menambahkan kerja majikan, terutamanya aku sebab aku yang buat.. hadoiii!!! memanglah tak susah tapi macam la aku tak ada kerja lain nk buat. itu kan personal punya cukai kenapa la majikan yang kena buat kira, kena buat potongan kena bayarkan bagi pihak pekerja. Maybe nak elak orang tak bayar cukai so dia bagi tugas tu dekat majikan pula ye.. pandai betol la nak kutip duit. ini nak buat audit bagai, mungkin sebab tak percaya hanya sorang je yang buat potongan cukai.. hahahha dah staff lain tak nak buat potongan nak buat macam mana kan. biarlah dia, duit dia kan. apa kaitan dengan majikan. hurmmm, daripada bayar cukai baik bayar zakat. lagi satu zakat adalah rebat dalam tax. mereka dah kalut sebab LHDN nak datang buat audit..hahahha well, aku dah email awal2 aku masuk kerja sini lagi pasal e-PCB, tak nak bagi details, tak nak buat potongan, masuk sistem je pun, bukan semua akan dikenakan cukai. kalau gaji tinggi tu je akan kena cukai. Kat office aku ni bukan semua gaji tinggi pun, nama ja company oil & gas tapi gaji xseberapa pun. Aku sendiri masih bergaji rendah walaupun kerja melambak mengalahkan manager..muahahhaha nasib la, bosan nanti aku blah la...nasihat aku, kalau tak nak bayar cukai, keluar zakat banyak2..hehehe tuntutan agama diutamakan..berkat dan murah rezeki juga..hehehh

 Sebab lain aku buat OT ialah sebab tak nak rasa bosan, bila bosan mula la aku nk text orang tu, no no no jangan text or contact dia lagi, kalau dia perlukan aku dia akan cari aku walau macam mana cara sekalipun kannnnn...


Ok la, nak sambung kerja dulu...Adios

Wasssalam.................



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...