Monday, January 26, 2015

Hiking Bukit Gasing





Assalamualaikum....
hurmmm update activity on weekend.. last saturday 24/1/2014 we ols hiking Bukit Gasing, PJ.. dah memag familiar dah kt PJ especially Jalan Gasing, tapi tak pernah pulak tahu ada Bukit Gasing Disitu.. Ingat malas dah nk keluar pada hari tu, then bukak mata tengok whatsapp dari kak Raihan "Kalau jadi nk pg hiking Bukit Gasing, nak pg pkul brapa?" laaa, ingat kak Raihan dah tak ingat dah.. set time gerak kul 4 or 5.. then bangun mandi, sidai baju, cuci kete and masak.. around 3 o clock okeh baru nk masak makan tengahari.. breakfast? of course skip la... hahahah quite tired actually tapi sebab tak nak duduk rumah tido then ingat sesuatu lebih baik buat activity2 luar kan.. lebih sihat dan bertenaga lagi kan.. 

sebab tak confident Bukit Gasing tu belah mana, as usual bukak "Waze".. aku mmg selalu hangin dengan Waze ni, merapu meraban je dia bawak tunjuk jalan. firstly kena ikot highway NPE.. dalam hati aku, map area jalan gasing kenapa nak lalu NPE plak,, aku tutup waze ikot jalan biasa p PJ tu.. Bukak waze balik sebab nak tengok Jem ke tak Federal Highway the tgk dia tunjuk jalan betol pulak.. Exit 228.. ok ni jalan aku selalu ikot. so go on je la.. sampai je kat destinasi, ada ke patut reach dekat sekolah menengah.. coiiii .... aku pun melulu je la ikot jalan kt tepi2 kawasan perumahan tu, tak nampak plak bukitnya.. jalan gasing tu dah betol dah.. signboard Hutan Pendidikan Bukit Gasing pn ada nmpak dekat simpang masuk tadi.. lepas tu aku set find Hutan Pendidikan Bukit Gasing, show lagi 11minit nk sampai.. tgk route dekat Pantai Dalam pulak,,, haishhh ikot je la.. lastly lalu jalan tanah merah dengan ada pembinaan semua so i decide better aku patah balik....hahahhaha woiii coiii la waze ni... Dalam hati nak je call "org tu" tapi no no no no dia ego tinggi kan now i nak tunjuk ego i pun lagi tinggi.. call la si kak Raihan ni, dia pun first time nak pg situ and tak familiar pun dengan kawasan tu. dia cakap betol la dekat jalan gasing, area kawasan perumahan... so i patah la balik, ingatkan dia yang sampai dulu, aku jugak yang sampai dulu, so take safe place, parking je dulu kat tepi2 jalan tu.. ada jugak kereta yang parking tepi2 jalan tu tapi xsure kereta tu orang taman tu empunya ke apa kan.. maasuk side parking tengok cermin belakang then nampak pintu gerbang "SELAMAT DATANG KE HUTAN PENDIDIKAN BUKIT GASING"nak gelak guling2 dalam hati ni tau tak.. buat penat je. dah lalu jalan ni kot, apsal tak nampak.. mintak pihak berkuasa letak signboard kasi clear ye..hahahaha "salahkan waze lagi"kihkihkihkih 

kak Raihan bawak kawan lelaki 2 orang, dia tanya aku dulu boleh ke tak,.. sure, why not, lagi ramai lagi bagus kan lagi fun. lagipun sekarang saya tak perlu nak jaga hati sesiapa pun kan... just enjoy the day.. tak sampai 10 minit kot hiking dah sampai Lookout Tower.. laaa rendah je. duk google macam tinggi, ada jambatan gantung lagi tapi kami tak jumpa pun.. turun dari Lookout Tower kami ikot jalan lain.. dalam Map pun show hutan tu luas.. mula2 ikot jalan ke anak sungai then patah balik la ikot jalan lain.. jalan naik turun naik turun je, jumpa ramai jugak orang kat situ, warga tua, muda kanak pun ada.. lastly "kenapa kita belom jumpa jalan keluar ni"erkkkk "macam lain je jalan ni"hahahha
kitorang nak keluar sebab dah pukul 6 lebih, tak nak still dalam hutan waktu magrib kan.. ingatkan jalan turun dah, jumpa orang yang lalu situ pun semua bertentang arah kami je yang tuju situ "nak tnya malas kan"... andai sendiri dorang baru nak naik, "tapi kenapa baju dorang dah basah peluh, air pun dah separuh betol..hahahaha so decide patah balik ikot jalan asal masuk tadi. siap buka gps dalam tu kau...hahaha then jumpa seorang akak n family ni ikot kami dr belakang at the same time kami dh patah balik, tetiba anak dia datang peluk aku "pehal lak budak ni, hahahah nasib cute boy ni".. Akak tu cakap sana pun boleh turun katanya.. then kami follow dorang je la.. kami kat belakang still confius kenapa jalan ni masih mendaki kan bukan menurun. then jumpa couple cina tnya dorang jalan tu arah ke mana, dorang cakap jalan tu turun kt area KWSP.. mak iah, jauh kottttt..patah la balik..hahahahha gelak je kami kat situ 

jumpa sekumpulan banngsa India lagi, mungkin penyelidik kot.. dorang tunjukkan jalan, the safely arrive kat bawah cuma bukan jalan yang kami masuk tadi la... kena jalan kedepan je sikit.. huahuahuahuahua kesudah la sesat.. naseb la ada kawan lelaki dua orang tu.. kalau kami berdua je xtau jumpa jalan ke tak "walaupun tak function pun dorang tu..hehehe"

take take take picture the p makan kat Pantai Dalam, nak pergi makan nasi lemak kat foodcourt yang ├Ârang tu"selalu bawak tapi lupa jalan daaa, ikot je la dorang.. seklai lagi kak raihan sesat.. aku sebab dah lalu jalan tu awal tadi so tau la jalan nk kesitu.. tunggu lag kak raihan tepi jalan..hurmmm sampai kedai makan bawah flyover tu (dekat je ngan simpang yg aku sesat td, dengan jalan tanah merah tu..huh).. order nasi goreng tomyam and bali suam, emmm xsedap pn and ofcos la xhabis.. tgk kawan kak raihan tu makan kue tiew celop then tapau la jugak bihhun celop..makan kat umah pun xsedap la...huhuhuhu realy tired day on that Saturday...hahahaha tenaga dah banyak buang masa cuci kete n masak kat umah tu kan, makan tnghri pun sikit je sebab rushing "padahal aku yang kuar awal dari dorang walaupun aku lagi dekat"

apa-apa pun, hiking is the best activity that i have do.. so fun, so release everything in my head for a while. next we plan to hiking Bukit Tabur.. tengok google woooo berbatu kot, boleh ke? heheheh just see.....

belanja gambar yang tak seberapa sikit, blur2 je gambarnye pun...huhuhuhu











It's Time To See What I Can Do, To Test The Limits And Break Through. NO Right No Wrong No Rules For Me.. I'm Freeeeeeeeee yeahhhhhhhh 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...